relaymonkey dan bloggers³
by
Farid
Labels:
Web 2.0
kepada blogger standalone seperti aku sila dok diam² kerana berkemungkinan besar perkidmatan web percuma sebegini bukan untuk korang dan begitu juga aku (buat masa terdekat ini). relaymonkey.com merupakan berkhidmatan yang sesuai untuk blogger yang mempunyai hasil kerja lebih dari satu laman blog (tak ramai di Malaysia aku rasa), jadi jika korang merupakan author lima,enam,7 dan lapan blog, aku sarankan perkidmatan ini digunakan dimana setiap update terkini akan diemailkan ke pada follower (peminat) korang dan amat sesuai juga kepada blogger yang glamor.
Thursday, July 24, 2008 | 0 Comments
Scamer pembeli domain.
by
Farid
Labels:
Bohong
Hati-hati mungkin korang akan menerima email yang berbentuk begini "dear owner of "alamanwebkorang.com" i like to buy your domain for USD1000 (atau bla bla bla harganya) becouse i just setup new shop and your domain name just like my shop name (atau bla bla bla yang ditipunya lagi). hati-hati beb sebab aku sendiri baru menerima email berkenaan. Selapas 2-3 hari pencarian penipuan jual beli domain (scam) aku terjumpa satu laman blog yang juga menerima email hampir sama modus operandi dari si penipu ini (sorry aku lupa bookmark laman blog berkenaan).. Bagaimana mengelak dari ditipu online (bodoh ini)?? jalan yang paling selamat korang masukkan alamat domain korang didalam tapak parking domain seperti sudo untuk transaksi jualbeli, menurut informasi dari blog berkenaan, pembohong berkenaan akan mengelak dari membuat trasaksi menggunakan cara berkenaan, ya lah sudah pasti diorang nak menipu mana nak ikut cara betul bukan? kepada yang tamakkan wang mungkin akan terperangkap dangan cara penipuan (budak itam mungkin) sebegini, tapi hati-hati beb mencari wang online sama susahnya seperti offline (alam nyata), so bertindak bijak geng karang domain korang yang sudah mempunyai pagerank meninggi mungkin lesapppp. Tapi pelik la pengodam.com ni macam domain name sesuai untuk kedai ker?? aku terfikir jugak beb.Note: semalam aku tengok rusuhan kat pudu jail perhhh sangat cool negara demokrasi ni ya
Entri yang mungkin bersengkutan:-
Bohong
Thursday, July 17, 2008 | 0 Comments
Ninja "pendrive" anti-virus
by
Farid
Labels:
Aplikasi
Ok mungkin korang akan agak keliru dengan tajuk diatas, biar aku terangkan apa kebendanya. Ninja pendrive merupakan aplikasi "standalone" (tidak memerlukan install) yang dibina oleh Nuno Brito, apa yang korang perlukan untuk pemasangan hanya memerlukan shortcut (jika perlu) dan terus-guna. bagimana aplikasi ini berfungi dan kenapa aku sarankan? jika korang selalu menjadikan pendrive korang alat data bergerak korang seperti pelajar ipt/kolej yang selalu korangsi komputer aku rasa aplikasi ini sesuai dipasang kedalam mesin (pc) korang, kerana penyebaran virus melalui pendrive paling banyak terjadi, aplikasi ini akan menyakat data dari pendrive dari terus masuk kedalam mesin korang. Selamat mencuba -download disini- ops aku terlupa ianya 100% percuma
Wednesday, July 16, 2008 | 0 Comments
iPod masuk air? cepat ke dapur..
by
Farid
Labels:
Tricks
Kali ni bukan trick istimewa untuk golongan yang geek komputer sahaja, korang yang tak kenal apa itu komputer juga boleh melakukannya jika alatan digital seperti handset,iPod dan mp3 player korang terjatuh didalam air. Aku masih ingat tricks ini diajar oleh atuk aku semasa jam kesayangan aku yang tidak kalis air di ujikaji oleh aku dengan tengelamkannya didalam air,dan pada ketika itu "komputer" langsung tak wujud didalam kehidupan aku (cukup nostalgia). Terima kasih kepada penghantar email kerana memberi aku idea untuk entri kali ini.
Bagimana ya? buka semua cover alatan digital korang (jika ada) dan biarkan semalam didalam tempat simpanan beras itu sahaja, dan jika masih tidak berfungsi alatan berkenaan sudah bersedia dihantar ke cawangan baik pulih yang terdekat, dan sudah semestinya opsyen cawangan baik pulih tidak disarankan disini kerana memerlukan wang poket korang sendiri (hehe). Maaf kepada pelawat yang selalu datang semula ke blog ini (40 pelawat mungkin) kerana sepanjang bulan lepas update dari aku semakin berkurang, yup masa agak cemburu sama aku.
Friday, July 11, 2008 | 0 Comments
Hosting percuma atau berbayar?
by
Farid
Labels:
istimewa
Entri yang lapuk bukan? Tapi pernah korang fikir untuk mula berblog yang di hosting yang percuma atau berbayar? Aku pernah terfikir, dan aku rasa beban yang aku bakal pikul juga boleh buat kepala aku seperti digilap berkilau beb. Aku juga ngerti, sebagai status blogger yang menggunakan perkidmatan di pelantar percuma (Blogger) pergerakkan aku untuk menceria-warnakan blog agak terbatas. Wordpress memang pilihan sukaramai, tapi berapa orang yang mampu dan paling penting ramai kah yang sanggup bayar? Aku hanya membayar untuk domain pada kadar USD7 setahun, jika aku berblog di pelantar Wordpress, 10point(10USD) untuk hosting + USD7 setahun aku perlu bayar untuk berblog, lain cerita jika penumpang hosting server member lain, yang hanya mengenakan kadar harga teh tarik, itu pun kalau ada yang mahu..Pernah membuat pilihan pakej hosting yang berjanji manis beracun? pernah dengar isu perkidmatan syarikat hosting yang membuatkan pelanggan rasa tertipu? dengan keadaan server yang kadang-kadang menjadi seperti chips more sudah biasa didengar bukan? Aku tak cakap Google terbaik untuk pilihan korang, tapi selapas mendengar rintihan orang lain, berkenaan perkidmatan pelanggan yang teruk, masalah nak hubungi khidmat bantuan dan Bla Bla Bla, aku jadi fobia mau keluar wang walaupun 10 ringgit untuk syarikat hosting berbayar. Mungkin aku belum bersedia untuk menjadi blogger di pelantar berbayar kot.
Bagi yang tidak mempunyai pengalaman pula, kawan-kawan,e-book,forum dan info kat internet menjadi rujukkan untuk belajar/memilih hosting yang sempurna, ada juga yang membeli ebook semata-mata untuk mula berblog (hmmm2), setiap orang punya cara berbeza bukan? Zul (melayubuntu) ada memberi sebab kenapa beliau tidak mahu disumbang dengan domain sendiri (kesian kat aku), dan baru aku sedar apa yang dia mahu untuk berblog mengenai uBuntu tu, Zul mahu terus wujud untuk 100 tahun lagi, bagus dan aku sokong
Bagi aku, mulakan langkah berblog di pelantar percuma terlebih dahulu jika korang tidak mempunyai pengalaman atau kenalan yang lebih arif didalam arena blog, tetapi domain sendiri aku sarankan korang keluarkan sikit wang poket, kerana bila masa korang sudah lama berblog,mula minat dan serius, agak kurang sempurna (bagi aku la) dan bila penukaran domain percuma kepada domain berbayar, baru korang mengerti apa erti "kalau aku tahu dulu".
Tetapi ada juga blogger yang menggunakan perkhidmatan hosting percuma, dan mendapat pulangan 6 angka USD seperti Amit Agarwal, macam aku cakap pilihan utama ditangan sendiri dan sila puas hati dengan benda free, kerana jurang keterbatasan pasti wujud dan amat ketara, tapi aku rasa lagi baik host kat blogspot/blogger sebab aku tgk banyak syarikat hosting pandai berjanji manis sahaja, lepas tahu laman blog korang kaut pulangan, dia juga mahu secubit, kan info korang ada kat diorang? Sudah semestinya bukan? Namun ini mungkin untuk pakej yang biasanya murah (manis). Lain cerita pula kalau host guna FTP sendiri? hmmm komen sebab aku tak pernah try lagi mungkin nanti.
Aku lebih aman,selesa dan jimat guna barang percuma, kalau ikutkan hati memang server sendiri aku nak pakai dan simpan kat rumah dan selongkar/belajar sorang (umumnya sorang manusia). Ini pendapat sahaja tapi apa pandangan korang pula?? Hosting percuma atau berbayar? asas blog info/hobi/kawan2/pendapat dan kalau boleh aku juga mau 100 tahun tetap wujud kerana itu merupakan sejarah, sapa tahu anak cucu aku bakal baca nanti, dan waaaa atok aku kool rupanya semasa zaman muda-mudi.
Aku lebih aman,selesa dan jimat guna barang percuma, kalau ikutkan hati memang server sendiri aku nak pakai dan simpan kat rumah dan selongkar/belajar sorang (umumnya sorang manusia). Ini pendapat sahaja tapi apa pandangan korang pula?? Hosting percuma atau berbayar? asas blog info/hobi/kawan2/pendapat dan kalau boleh aku juga mau 100 tahun tetap wujud kerana itu merupakan sejarah, sapa tahu anak cucu aku bakal baca nanti, dan waaaa atok aku kool rupanya semasa zaman muda-mudi.
p/s - gambar diatas tidak ada kaitan dengan orang yang hidup atau yang sudah mampus, ianya sekadar hiasan suka-suka. ***plz do inform me if u you that man, i will remove by your request and sorry...
Entri yang mungkin bersengkutan:-
Web 2.0
Update :-
-Mr. Krap :- Kongsi pasal komen syarikat webhosting melayu disini
-Zul (melayubuntu) :- Bila aku ada buat perniagaan baru pakai hosting berbayar
-Pakcik G :- Sudah serik dengan hosting percuma (bukan blogspot la..)
-Cencorot :- Banyak hosting percuma yang macam sucks!!!. Sekarang menggunakan stonerocket
Sunday, June 08, 2008 | 4 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)


